Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 6.2 magnitud landa Guatemala

    GUATEMALA CITY, 21 JULAI – Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda Guatemala kelmarin, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dengan gegaran turut dirasai di El Salvador dan Nicaragua.

    Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan di ketiga-tiga negara itu.

    Gegaran itu berlaku pada jam 8:53 malam waktu tempatan dengan pusat gempanya lapan kilometer (lima batu) tenggara bandar Jalapa, pada kedalaman 265.5 kilometer, menurut USGS.

    Institut seismologi di El Salvador merekodkan gempa itu pada magnitud 5.9 manakala Nicaragua mencatatkannya pada magnitud 5.2.

    Pihak berkuasa perlindungan awam di tiga negara Amerika Tengah melaporkan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan pada infrastruktur.

    Amerika Tengah berada di kawasn Lingkaran Api Pasifik di mana kawasan itu mengalami aktiviti tektonik yang aktif sepanjang pantai barat Amerika dan merentasi lembangan Pasifik. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda