SYDNEY, 13 APRIL – Gempa bumi bermagnitud 6.2 telah melanda kelmarin, di luar pantai wilayah New Ireland, Papua New Guinea, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 72 kilometer, kira-kira 115 kilometer ke tenggara bandar Kokopo.
Emonck Abelis, seorang pekerja di Kokopo Beach Bungalow Resort, berkata gempa itu berlangsung selama kira-kira satu minit, tetapi tiada kerosakan di sekitar kawasan tersebut.
Gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea, yang terletak di atas ‘Ring of Fire’ seismik satu lengkungan aktiviti tektonik yang intensif yang melintasi Asia Tenggara dan lembangan Pasifik.
Walaupun gempa bumi jarang menyebabkan kerosakan meluas di kawasan yang kurang penduduk, ia boleh mencetuskan tanah runtuh yang merosakkan. – AFP
