Monday, April 28, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 6.3 magnitud gegarkan Ecuador

    QUITO, 27 APRIL –  Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud di pesisir Lautan Pasifik Ecuador menggegarkan bahagian utara negara itu pada Jumaat, dengan laporan awal kerosakan pada beberapa rumah. Tiada kecederaan dilaporkan.

    Gempa bumi itu berpusat di Lautan Pasifik, 13 batu (20.9 kilometer) timur laut bandar Esmeraldas, pada kedalaman 21.7 batu (35 kilometer), menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Pejabat pengurusan risiko Ecuador memaklumkan di platform X,  gegaran dirasai di sekurang-kurangnya 10 wilayah, namun pemantauan dan penilaian masih diteruskan.

    Beberapa media tempatan menyiarkan imej dari Esmeraldas, bandar pesisir paling hampir dengan pusat gempa, menunjukkan kerosakan pada bahagian hadapan beberapa rumah.

    Esmeraldas terletak lebih 183 batu (296 kilometer) barat laut ibu negara Ecuador, Quito.

    Pihak berkuasa Ecuador pada awalnya mengeluarkan amaran tsunami di pesisir Pasifik, namun membatalkannya tidak lama kemudian. -AP

    Koliseum Ricardo Plaza sebahagiannya runtuh selepas gempa bumi di Esmeraldas, Ecuador, Jumaat, 25 April. -AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda