Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 6.3 magnitud landa Jepun

    TOKYO, 4 OGOS – Gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud melanda Pasifik luar Fukushima, timur laut Jepun hari ini namun tiada ancaman tsunami, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

    Gempa bumi menggegarkan kawasan besar di rantau itu pada jam 7:23 malam dengan pusat gempa terletak 54km timur Namie, timur Fukushima, menurut Jabatan Geologi AS.

    Gempa itu turut dirasakan di Tokyo.

    Agensi Kaji Cuaca Jepun mengeluarkan amaran ketika gempa bumi melanda namun tiada laporan mengenai kecederaan atau kemusnahan.

    Sementara itu, menurut penyiaran awam NHK, perkhidmatan kereta api laju telah ditangguhkan sementara di rantau itu. Tiada keabnormalan dikesan di loji nuklear di rantau tersebut, termasuk loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, kata NHK. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda