SYDNEY, 14 MEI – Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegar bandar Tonga hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), selepas gegaran dikesan di luar pantai timur negara itu.
USGS memaklumkan bahawa gempa tersebut berlaku pada kedalaman 243 kilometer, kira-kira 137 kilometer dari bandar terdekat, Neiafu. Gegaran itu berlaku pada jam 5:15 petang waktu tempatan.
Gempa bumi adalah kejadian biasa di Tonga, sebuah kepulauan rendah yang didiami kira-kira 100,000 orang dan terletak di Lingkaran Api Pasifik.
Lingkaran Api merupakan lengkok yang mengalami aktiviti tektonik yang aktif, merentasi menerusi Asia Tenggara dan lembangan Pasifik. – AFP
