LIMA, 18 Julai 2017 – Gempa bumi 6.4 magnitud melanda selatan pantai Peru kelmarin, Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, tanpa sebarang laporan mengenai kecederaan atau kerosakan.
Gempa melanda kira-kira pada pukul 9:05 waktu setempat (0205 GMT) dengan kedalaman 44 kilometer (27 batu). Ia berlaku kira-kira 220 kilometer di barat Arequipa, bandar terpadat kedua di Peru.
Walaupun tidak terdapat bukti awal kerosakan gempa itu, tetapi ia telah menimbulkan kecemasan di kalangan warga Peru, di mana Datuk Bandar selatan Caraveli mengatakan penduduk di sana telah dikumpulkan di tepi-tepi jalan. – AFP