Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi 6 magnitud gegar Taiwan

    TAIPEI, 20 JUN – Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda timur Taiwan, kira-kira 38 kilometer (km) selatan bandar Hualien, lapor Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.

    Bagaimanapun, tiada kemusnahan atau kecederaan dilaporkan, setakat ini.

    Menurut USGS, gempa bumi dengan kedalaman dianggarkan 10km itu berlaku pada jam 9:05 pagi waktu tempatan. Satu rakaman menunjukkan pemandangan di tepi sebuah tasik yang tenang tiba-tiba bergelora akibat kejadian itu, dimuat naik dalam Facebook oleh Taman Negara di Hualien. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda