Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi Afghanistan ragut enam jiwa

    KABUL, 5 SEPT – Kira-kira enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera selepas gempa bumi melanda timur Afghanistan semalam, kata seorang pegawai hari ini.

    Gegaran 5.3 magnitud yang melanda daerah-daerah di sepanjang sempadan timur bersama Pakistan berlaku kurang tiga bulan selepas gempa bumi kuat mengorbankan lebih 1,000 orang, juga di sepanjang sempadan yang sama.

    Gempa terbaharu dapat dirasakan di wilayah Kunar, Laghman dan Nangarhar, dan di ibu negara Kabul.

    “Kami sedang mengumpul maklumat dari kawasan lain mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan,” kata timbalan menteri pengurusan bencana Sharafuddin Muslim kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda