Sunday, April 20, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi bermagnitud 5.5 landa Banten

    JAKARTA, 9 OKT – Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda dasar laut Banten, Pulau Jawa hari ini, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia.

    Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    Gempa berlaku pada 5:02 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 26 kilometer (km) barat daya Lebak, Banten pada kedalaman 12 km.

    Gegaran turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 131 km dari pusat gempa.

    BMKG menerusi Twitter rasminya memberi amaran kepada orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan gegaran susulan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda