Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Gempa bumi berukuran 5.5 landa Jepun

    TOKYO, 3 JULAI – Pihak berkuasa Jepun menggesa 89 penduduk sebuah pulau kecil di selatan supaya berpindah selepas gempa bumi kuat hari ini, yang mana lebih 1,000 gegaran melanda kawasan itu baru-baru ini.

    Penduduk digesa berpindah ke taman permainan sekolah di Pulau Akuseki, kata seorang pegawai perbandaran kepada AFP.

    Akuseki adalah sebahagian daripada rantaian Pulau Tokara di selatan wilayah Kyushu, yang telah digegarkan oleh 1,031 gempa bumi sejak 21 Jun.

    Bagaimanapun, tiada kerosakan besar dilaporkan.

    Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud telah melanda berhampiran Akuseki hari ini.

    Sehari sebelumnya gegaran dengan saiz yang sama turut direkodkan.

    Tujuh daripada 12 Pulau Tokara terpencil didiami, dengan kira-kira 700 penduduk keseluruhannya.

    Tiada risiko tsunami daripada gempa hari ini, kata Pengarah Bahagian Pemerhatian Gempa Bumi dan Tsunami Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Ayataka Ebita.

    “Di kawasan di mana gegaran kuat, terdapat peningkatan risiko rumah runtuh dan tanah runtuh,” katanya kepada pemberita.

    “Sila ambil perhatian tentang gempa bumi dengan magnitud yang sama untuk masa hadapan,” katanya.

    Tempoh serupa aktiviti seismik kuat di kawasan Tokara berlaku pada September 2023, apabila 346 gempa bumi direkodkan, menurut JMA

    Jepun merupakan salah sebuah negara yang paling aktif secara seismik di dunia, terletak di atas empat plat tektonik utama di sepanjang pinggir barat ‘Lingkaran Api’ Pasifik. – AFP

    Gambar FREEPIK

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...