Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud landa timur Afghanistan

    KABUL, 16 APRIL – Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Nuristan di timur Afghanistan awal pagi hari ini, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), menurut Xinhua.

    Menurut USGS, gempa bumi melanda Parun City, ibu negeri wilayah Nuristan, pada 3:43 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa terletak pada kedudukan 35.95 darjah latitud utara dan 70.56 darjah longitud timur, dengan kedalaman 99 km.

    Nuristan ialah wilayah terpencil dan bergunung-ganang yang bersempadan dengan Pakistan.

    Disebabkan akses terhad kepada internet dan telekomunikasi, masih tiada laporan mengenai mangsa dan kerosakan akibat bencana itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda