MAUMERE, INDONESIA, 14 DIS – Gempa bumi berukuran 7.3 magnitud menggegarkan bahagian timur Indonesia hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), menyebabkan panik namun tiada kematian atau kerosakan besar dilaporkan. Titik gempa berlaku di Lautan Flores, utara wilayah Timur Nusa Tenggara, di mana gempa mengakibatkan ketakutan selepas berlaku pada lewat pagi (0320 GMT). “Saya