Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi cetus panik di New Delhi

    NEW DELHI, 17 FEB – Gempa bumi berukuran 4.0 magnitud menggegarkan New Delhi dan kawasan sekitarnya hari ini, menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari rumah mereka ke kawasan lapang dalam keadaan panik.  

    Gempa itu berlaku pada kedalaman lima kilometer pada 5:36 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa berada di New Delhi, menurut Pusat Seismologi Kebangsaan India dalam catatan di X.  

    Gegaran itu mengejutkan penduduk yang sedang tidur di kawasan ibu negara India yang mempunyai populasi lebih 33 juta orang.

    Perdana Menteri India Narendra Modi meminta orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.  

    “Gegaran dirasai di Delhi dan kawasan berhampiran. Saya menggesa semua penduduk supaya bertenang dan mengikuti langkah berjaga-jaga keselamatan, serta berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan.

    “Pihak berkuasa sedang memantau keadaan dengan teliti,” katanya.  

    Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan harta benda atau kehilangan nyawa.  – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda