Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Gempa bumi gegar barat laut China

BEIJING, 30 JAN – Penduduk dan pengembara mencari perlindungan selepas gempa bumi kuat menggegarkan kawasan terpencil di barat laut China hari ini.

Tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan berikutan gegaran yang melanda wilayah Xinjiang pada 7:49 pagi, menurut Agensi Berita Xinhua rasmi.

CCTV menunjukkan rakaman orang ramai yang mengosongkan balai berlepas lapangan terbang dan siling bergoyang ketika insiden tersebut berlaku. Kakitangan dilihat memeriksa bahagian luar lapangan terbang ketika matahari mula terbit di daerah Shahe di wilayah itu.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China mencatatkan gempa itu pada magnitud awal 6.1, manakala Jabatan Geologi Amerika Syarikat melaporkannya sebagai 5.7. – AFP

Dalam imej yang dibuat daripada rakaman video yang dikendalikan oleh CCTV China ini, penumpang berpindah di lokasi yang tidak ditentukan berikutan gempa bumi kuat menggegarkan kawasan terpencil di Wilayah Autonomi Xinjiang China. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -