VLADIVOSTOK, 25 MAC – Gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter melanda bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, Rusia, menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan, menurut Perkhidmatan Geofizik Akademi Sains Rusia. “Gegaran berlaku pukul 14:49 (02:49 pagi GMT), kira-kira 463 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky.” Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini, namun terdapat risiko tsunami di kawasan utara Kuril.