Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi gegar selatan pulau Hawaii

    LOS ANGELES, 11 OKT – Gempa bumi dengan kekuatan 6.2 pada skala Richter menggegarkan selatan Pulau Hawaii pada 2148 GMT dengan kedalaman kira-kira 35 kilometer (km) kelmarin, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS). Gegaran berlaku kira-kira 27 km tenggara Naalehu, yang terletak di kawasan paling selatan Pulau Hawaii, pulau terbesar dan mempunyai gunung berapi paling aktif, lapor Xinhua.

    Beberapa gempa susulan turut dilaporkan.

    “Berdasarkan semua data yang ada dari Pusat Amaran Tsunami Pasifik, tiada ancaman tsunami terhadap kepulauan Hawaii,” menurut kenyataan agensi Pengurusan Kecemasan Hawaii. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda