Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi ketiga dalam tempoh tiga bulan gegar Sindirgi di Turkiye

    ANKARA, 3 NOV – Gempa bumi berukuran 4.9 magnitud melanda bandar barat Turkiye, Sindirgi, hari ini, iaitu kejadian ketiga dalam tempoh kurang tiga bulan, menurut pihak berkuasa.

    Gegaran tersebut berlaku selepas jam 3:30 petang pada kedalaman 11 kilometer (km), kata agensi pengurusan bencana Turkiye, AFAD menerusi platform X.

    Institut penyelidikan gempa bumi dan balai cerap Kandilli pula melaporkan ukuran magnitud sedikit lebih tinggi iaitu 5.1.

    Sindirgi, yang terletak di kawasan perbukitan kira-kira 150km timur laut bandar peranginan Izmir, sebelum ini digegarkan gempa bumi berukuran 6.1 magnitud pada petang 28 Oktober lalu yang turut dirasai di Izmir dan Istanbul. Tiada kecederaan dilaporkan. Turkiye terletak di atas beberapa garis sesar geologi utama yang sebelum ini pernah menyebabkan bencana besar di negara itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda