Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi kuat gegar barat Indonesia

    JAKARTA, 6 DIS – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Jawa Timur Indonesia hari ini, tetapi tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

    Ketua agensi, bahagian tebatan gempa dan tsunami Daryono berkata orang ramai tidak perlu risau mengenai kesan gempa itu, kerana kekuatannya agak lemah dan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

    Dua gempa susulan berukuran empat dan tiga pada skala Richter turut direkodkan, lapor Xinhua. Gempa bumi berlaku pada 13:07 waktu Jakarta dengan pusat gempa 284km dari barat daya Kabupaten Jember pada kedalaman 10km di bawah dasar laut, menurut agensi itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda