Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi kuat gegarkan Greek

    Pandangan umumnya menunjukkan sebuah masjid yang sebahagiannya rosak di dataran tengah pulau Kos pada 21 Julai 2017, berikutan gempa bumi 6.5 magnitud yang melanda rantau ini dan mengorbankan dua orang dan mencederakan lebih seratus orang. – AFP

    AHENS, Greece, 21 Julai – Gempa bumi kuat telah meruntuhkan sebuah bangunan yang menghempap pelancong-pelancong di sebuah bar di pulau percutian Greek, Kos dan mencetuskan kepanikan di pesisir Turki yang berhampiran pada awal hari ini, mengorbankan dua orang dan mencederakan lebih seratus orang.

    Pihak berkuasa penyelamat berkata dua orang lelaki dari Turki dan Sweden terbunuh dalam runtuhan itu ketika gempa bumi 6.5 magnitud kira-kira pukul 1.30 pagi menggegarkan kepulauan Greek dan pantai Aegean Turki di sebuah rantau yang mana kejadian gempa bumi adalah lumrah.

    Nama pelancong-pelancong yang terkorban tidak didedahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda