Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi kuat landa Rusia

    MOSCOW, 18 OGOS – Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda luar pantai Semenanjung Kamchatka di timur jauh Rusia pada awal pagi tadi waktu tempatan, menurut perkhidmatan pemantauan gempa bumi serantau.

    Kementerian kecemasan tempatan berkata gegaran dirasai di sepanjang pantai termasuk di ibu kota wilayah itu Petropavlovsk-Kamchatsky.

    “Pasukan operasi bomba dan penyelamat sedang memeriksa bangunan,” kata cawangan serantau kementerian kecemasan Rusia di wilayah Kamchatka di Telegram.

    Gempa bumi melanda pada kedalaman hampir 50 kilometer (30 batu) sejurus selepas jam 7:00 pagi waktu tempatan, kira-kira 90 kilometer ke timur Petropavlovsk-Kamchatsky, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan Amerika Syarikat pada mulanya mengeluarkan ancaman tsunami, tetapi kemudiannya berkata ancaman itu telah berlalu. Pihak berkuasa tempatan tidak pernah mengeluarkan amaran tsunami.

    Letusan gunung berapi Shiveluch dilaporkan disebabkan oleh gempa bumi berukuran 7.0 magnitud kira-kira 102 kilometer timur Petropavlovsk-Kamchatsky di semenanjung Kamchatka, Rusia.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda