Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi landa Indonesia 

    JAKARTA, 10 JAN – Beberapa kediaman dan bangunan dilaporkan musnah selepas gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Maluku di Indonesia kelmarin.

    Ketua unit operasi Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana (BNPB) di daerah Kepulauan Tanimbar, Doni B Layan berkata bahawa penilaian akan dijalankan untuk mengetahui kesan akibat gempa bumi itu.

    Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini, katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

    Lebih 2,000 penduduk tempatan telah melarikan diri selepas kejadian gempa itu.

    Gegaran turut dirasai di beberapa wilayah berdekatan, menurut agensi cuaca.

    Gempa dilaporkan berlaku pada 00:47 pagi (1747 GMT) waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 148 kilometer (km) dari barat laut daerah Maluku Tenggara Barat (Kepulauan Tanimbar) dengan kedalaman 131 km dari dasar laut.

    Tiga gegaran susulan turut direkodkan dengan tahap kekuatan adalah lemah hingga sederhana.

    Agensi itu turut mengeluarkan amaran tsunami di Maluku dan wilayah berdekatan Sulawesi Tenggara. – Bernama

    Gambar yang diambil daripada BNPB yang dikeluarkan pada 10 Januari menunjukkan rumah yang rosak selepas dilanda gempa bumi di wilayah timur Maluku. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda