Saturday, September 23, 2023
30 C
Brunei

    -

    Gempa bumi Maghribi: Angka kematian cecah 2,800

    RABAT, 12 SEPT – Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada kelmarin.

    Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 2,562 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi pada lewat Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

    Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) , pusat gempa pada kedalaman 18.5 kilometer,  iaitu 75 kilometer (46.6 batu) barat daya Marrakech.

    Kerosakan besar akibat gempa bumi itu dilaporkan di Marrakech, tapak Warisan Dunia UNESCO.

    Pasukan penyelamat pada Isnin terus giat mengesan mangsa hilang yang terperangkap di bawah runtuhan.

    Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba di negara ini untuk menyertai usaha menyelamat.

    Maghribi setakat ini telah menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol, UK, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

    Pada hari Ahad, kerajaan Maghribi melancarkan akaun khas dengan perbendaharaan dan Bank Maghribi bagi menerima sumbangan untuk mangsa gempa. – Bernama

    Orang ramai memeriksa kerosakan akibat gempa bumi di perkampungan Tafeghaghte, dekat Marrakech, Maghribi, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...