Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi magnitud 5.5 gegar Bangladesh

    BANGLADESH, 3 DIS – Satu gempa bumi menggegarkan Bangladesh pagi kelmarin, telah mengakibatkan gegaran yang dapat dirasa di seluruh negara. Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan dengan serta-merta.

    Gempa bumi dengan magnitud 5.5 melanda negara tersebut pada jam 9:35 pagi, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan pusat gempa terletak kira-kira 8 kilometer ke timur Ramganj di daerah Lakshmipur di tenggara Bangladesh, menurut USGS.

    Ramai penduduk Bangladesh menulis di Facebook bahawa mereka berasa takut selepas gempa bumi menggegarkan bangunan di ibu negara, Dhaka, dan tempat-tempat lain.

    Bangladesh telah mengalami beberapa gempa bumi pada tahun ini, termasuk salah satu yang melanda sepanjang sempadan timur laut India pada bulan Ogos. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda