Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi magnitud 6.6 landa Jepun

    TOKYO, 14 JUN – Satu gempa bumi dengan magnitud 6.6 melanda pantai luar barat daya Jepun awal hari ini, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tidak mengeluarkan amaran tsunami.

    Laporan kecederaan atau kerosakan akibat gempa bumi tidak diterima, pusat gempa terletak 135 kilometer dari barat laut Naza, Jepun.

    Gempa bumi itu, yang pada asalnya dicatat oleh USGS sebagai gegaran pada magnitud 6.7, terletak agak dalam pada 160 kilometer. Agensi Berita Kyodo melaporkan gempa bumi dirasa di Okinawa serta pulau Kyushu.

    Ia melanda pada pukul 12:51 pagi waktu tempatan, menurut USGS dan diikuti oleh gempa bumi magnitud 4.4 dua jam kemudian di luar pantai tenggara Jepun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda