Saturday, July 26, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi magnitud 6.6 landa pulau Samoa

    MELBOURNE, 25 JULAI – Gempa bumi berukuran magnitud 6.6 melanda Pasifik Selatan berhampiran negara kepulauan Samoa hari ini, tetapi tidak menyebabkan kerosakan yang besar.

    Gempa bumi itu berlaku 440 kilometer (km) barat daya ibu kota Apia pada kedalaman 314km, kata Jabatan Geologi Amerika Syarikat.

    Jarrett Malifa, seorang kakitangan di laman web berita Samoa Observer, berkata tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

    Malifa berkata dalam e-mel, Jabatan Meteorologi Samoa telah mengesahkan tiada ancaman tsunami.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Honolulu juga menilai tiada ancaman tsunami.

    Samoa terletak di ‘Lingkaran Api,’ gelinciran seismos sekitar Lautan Pasifik di mana gempa bumi dan gunung berapi biasa berlaku.

    Pada 2009, dua gempa bumi besar melanda di tengah-tengah antara Samoa dan Samoa Amerika, sebuah wilayah Amerika Syarikat. Gempa bumi itu mencetuskan gelombang tsunami yang mengorbankan kira-kira 192 penduduk di Samoa, Samoa Amerika dan Tonga. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda