Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gempa bumi magnitud 6 landa Timur Indonesia

    JAKARTA, 6 MEI – Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda wilayah Maluku timur Indonesia pada pagi hari ini, tanpa mencetuskan ombak besar, kata agensi meteorologi dan geofizik negara itu.

    Agensi itu pada mulanya melaporkan magnitud itu sebagai 6.1 sebelum mengemaskininya.

    Gempa bumi bawah laut itu berlaku pada 1:33 pagi waktu Jakarta dengan pusat gempa terletak 57 kilometer(km) tenggara Kabupaten Seram Bagian Timur dan pada kedalaman 19km, lapor agensi itu.

    Kekuatan gempa dirasai pada empat hingga lima MMI (Modified Mercalli Intensity) di Kabupaten Seram Bagian Timur, kata agensi itu.

    Gegaran itu turut dirasai di wilayah berhampiran Papua Barat dengan keamatan dari tiga hingga empat MMI, tambahnya.

    Pegawai agensi itu tidak mengeluarkan amaran tsunami kerana gegaran itu tidak mencetuskan ombak besar, katanya.

    Dua gempa susulan berlaku selepas gegaran utama, menurut agensi itu. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...