Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gempa bumi sederhana gegar selatan Filipina

    MANILA, 3 JUN – Gempa bumi bermagnitud 5.6 menggegarkan wilayah Surigao del Sur di selatan Filipina pada Jumaat, lapor Xinhua.

    Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina gempa pada 2:54 pagi waktu tempatan (1854 Khamis GMT), melanda pada kedalaman 16 kilometer (km)– kira-kira 31 km timur laut bandar Cagwait. Gegaran turut dirasai di pulau Mindanao dan wilayah Leyte, tengah Filipina.

    Tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...