KUALA LUMPUR, 8 MEI – Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, gempa bumi pada pukul 10:29 pagi itu berpusat di 78 kilometer (km) tenggara Kepulauan Talaud pada kedalaman 28km.
Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama