Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku Utara

    KUALA LUMPUR, 3 JULAI – Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Laut Maluku Utara, Indonesia pada 7:49 pagi ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 129 kilometer (km) tenggara dari Bitung itu berlaku pada kedalaman 61 km.

    Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mengesahkan gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda