Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi sederhana landa Sukabumi

    JAKARTA, 31 OKT – Gempa bumi sederhana berukuran 4.7 pada skala Richter menggegarkan dasar laut berhampiran Sukabumi, Jawa Barat hari ini, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

    Gempa berlaku pada 10:05 pagi waktu Indonesia Barat, berpusat 87 kilometer (km) dari barat daya Sukabumi pada kedalaman 20km.

    Gegaran turut dirasai di Bandung dan Bogor selama beberapa saat.

    Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda