JAKARTA, 26 April – Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 menggegar pulau peranginan Bali di Indonesia hari ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG).
Gempa itu melanda pada pukul 4:54 petang waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 89 kilometer di timur laut daerah Karangasem dengan kedalaman 366 kilometer.
Indonesia terdedah kepada bencana gempa bumi kerana terletak di kawasan yang dikenali sebagai ‘Lingkaran Api Pasifik.’ – Bernama