Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi skala 5.4 gegar Turkiye, tiada kemalangan dilaporkan

    ISTANBUL, 28 SEPT – Gempa bumi kuat menggoncang barat laut Turkiye hari ini, menyebabkan penduduk melarikan diri dari rumah masing-masing, menurut perkhidmatan kecemasan dan tiada kemalangan dilaporkan setakat ini.

    Gempa berskala 5.4 itu berpusat di bandar Simav, wilayah Kutahya, pada kedalaman 8 kilometer, kata agensi kecemasan AFAD.

    Gempa itu berlaku pada pukul 12:59 tengah hari dan diikuti dengan gegaran susulan berskala 4.0 yang turut dirasai di Istanbul, bandar terbesar Turkiye kira-kira 100 kilometer ke utara, menurut laporan media.

    Rakaman televisyen turut menunjukkan orang ramai di Kutahya berkumpul di dataran dan taman selepas gegaran itu.

    Pada Ogos, gempa berskala 6.1 melanda Sindirgi, di wilayah jiran Balikesir yang mengakibatkan seorang maut dan puluhan cedera. Sejak itu, kawasan sekitar Balikesir beberapa kali digegarkan oleh gegaran kecil. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda