JAKARTA, 2 OGOS – Pantai selatan pulau Jawa yang mempunyai ramai penduduk, hari ini digegarkan dengan satu gempa kuat, di mana agensi bencana negara itu telah memberi amaran bahawa ia boleh menghasilkan tsunami sehingga tiga meter (10 kaki).
Gempa berkekuatan 6.9 magnitud melanda luar pesisir pada kedalaman 42 kilometer (26 batu), kira-kira 150 kilometer dari Labuan, barat daya ibu kota Jakarta, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Agensi bencana Indonesia mengesahkan gempa pada magnitud 7.4 dan memberi amaran ia boleh mencetuskan tsunami.
“Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai risiko ancaman tsunami yang boleh mencapai setinggi tiga meter,” kata pegawai agensi Rahmat Triyono.
“Kami masih menunggu laporan mengenai kerosakan daripada gempa itu, katanya. Penduduk di Jakarta melarikan diri dari rumah mereka ketika bangunan-bangunan di kawasan itu bergegar akibat kekuatan gempa itu, yang melanda pada pukul 7:03 malam waktu tempatan.
“Candelier di pangsapuri saya bergoyang dan saya berlari dari tingkat ke-19,” kata Elisa berusia 50 tahun kepada AFP. – AFP