Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa Filipina jejas 300,000 penduduk

    MANILA, 31 JULAI – Gempa bumi yang melanda Filipina awal minggu ini telah menjejaskan lebih 314,000 penduduk, dan angka kematian mencecah 10 orang, menurut Majlis Pencegahan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional (NDRRMC), hari ini.

    Lebih 21,800 rumah rosak manakala 48 bandar mengalami gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik.

    Gempa berukuran tujuh pada skala Richter itu berlaku di wilayah Abra, Luzon dan Metropolitan Manila di utara Filipina pada 27 Julai, dengan pusat gempa terletak pada kedalaman 17 kilometer.

    Sebanyak 798 gegaran susulan turut berlaku. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda