Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa gegar Mindanao, Filipina

    MANILA, 30 Dis – Gempa bumi sekuat 6.9 skala Richter telah menggegarkan Pulau Mindanao, Filipina semalam dan mencetuskan amaran pendek tsunami.

    Gempa tersebut melanda tenggara Bandar Davao pada kedalaman 59km, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), seminggu selepas letusan gunung berapi yang menyebabkan berlakunya gempa bumi hingga mengorbankan lebih 400 orang di negara jiran, Indonesia.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran bahawa ombak tsunami berbahaya daripada gempa ini adalah berkemungkinan berlaku di sepanjang pantai-pantai di Indonesia dan Filipina.

    Menurutnya lagi, ombak diramalkan setinggi kurang 12 inci di atas paras air, sementara pemerhati Filipina memberi amaran bahawa ‘gangguan paras laut berskala kecil’ dijangka berlaku.

    Institut seismologi kerajaan Filipina pada awalnya menasihatkan kepada orang ramai ‘untuk menjauhkan diri dari pantai dan tidak mendekati pantai yang menghadap Laut Filipina’, dua jam selepas berlakunya gempa.

    Namun, ia kemudiannya membatalkan nasihat tsunami dengan mengatakan ketinggian paras air kembali seperti biasa.

    Meskipun orang ramai bergegas keluar dari bangunan-bangunan semasa gempa, pejabat pertahanan awam berkata tiada kerosakan ataupun gempa susulan berlaku.

    Pejabat tersebut berkata bandar-bandar di selatan negara itu mengalami gegaran ‘sederhana kuat’ namun pihak berkuasa di kawasan-kawasan yang terjejas berkata mereka tidak menerima sebarang laporan terhadap kerosakan mahupun kematian berpunca daripada kejadian itu.

    Pada 2013, Filipina mencatatkan bencana gempa bumi terburuk apabila gempa sekuat 7.1 skala Richter telah mengakibatkan lebih 220 orang meninggal dunia dan memusnahkan bangunan bersejarah di tengah pulau negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda