Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa kuat di barat Indonesia

    JAKARTA, 17 MEI – Gempa berukuran 6.0 magnitud telah menggegarkan wilayah barat Indonesia, Bengkulu awal hari ini, namun tiada tsunami dijangkakan, agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik berkata.

    Gempa berkenaan melanda pada pukul 1:58 pagi waktu setempat, dengan pusat gempa 51km barat daya Pulau Enggano dan pada kedalaman 10km di bawah dasar laut. Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau korban dan kecederaan, menurut agensi itu.

    “Gegaran dapat dirasakan di daerah Bengkulu Utara, tetapi tidak mencetuskan panik dalam kalangan penduduk,” Ketua Unit Kecemasan, Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Provinsi, Khristian Hermansyah memberitahu Xinhua. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda