Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa magnitud 6.7 landa Nicaragua

    LOS ANGELES, 21 APRIL – Satu gempa bumi bermagnitud 6.7 melanda luar pantai barat Nicaragua hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun tidak ada ancaman tsunami dilaporkan.

    Gempa bumi melanda pada pukul 1:42 pagi pada kedalaman 25.3 kilometer, dengan pusat gempa terletak kira-kira 38 batu dari garis pinggir, menurut data USGS.

    Tidak ada laporan kerosakan, beritahu Presiden Nicaragua Rosario Murillo kepada media rasmi.

    Pusat Amaran Tsunami Pasifik AS melaporkan tidak adanya ancaman, dan USGS berkata tidak timbulnya kemungkinan berlaku kerosakan besar.

    Penduduk memberitahu penyiar tempatan La Nueva Radio Ya bahawa gegaran kuat terasa di ibu negara Managua. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda