Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa sederhana landa Sumba

    KUALA LUMPUR, 23 OGOS – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumba, Indonesia pada 4.40 petang tadi.

    Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 32 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km selatan dari Bima, Indonesia.

    Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda