KAMPAR, 30 SEPT – Seorang lelaki terkejut apabila menemukan sebutir bom tangan lama yang dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ketika sedang memotong rumput di kawasan dusun, Jalan Kampung Dusun Seribu, Sungai Itek, Gopeng di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Hasron Nazri Hashim berkata pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bom berukuran 11 sentimeter (sm) panjang dan 21 sm ukur lilit itu pada kira-kira pukul 10:10 pagi.
“Hasil siasatan di tempat kejadian dan temu bual dengan pemilik mendapati kawasan penemuan objek disyaki bom tangan itu adalah kawasan dusun buah-buahan dan sayur-sayuran yang diusahakannya kira-kira sejak empat tahun lepas.” – Bernama