Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Gempar taman dijadikan tempat tinggal penagih dadah

    PARIS, 30 JUN – Pengguna dadah dan kokain yang dibenarkan menghabiskan siang dan malam di sebuah taman di timur laut Paris dan menimbulkan kegemparan dalam kalangan penduduk tempatan, telah dihalang daripada memasuki tapak berkenaan hari ini.

    Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo, yang mengunjungi taman Jardins d’Eole, berjanji penagih dadah akan ditempatkan di tempat lain ketika mereka melepak di luar taman, dilarang daripada masuk oleh ejen keselamatan. Taman itu terletak berhampiran stesen metro Stalingrad, di mana penggunaan kokain mencetuskan kekecohan berdekad lamanya dan datuk bandar berusaha membersihkan salah satu kawasan miskin di ibu negara itu.

    Pihak berkuasa memutuskan untuk menyerah tapak Jardins d’Eole kepada penagih dadah pada Mei, membenarkan mereka menghabiskan malam di sana dan bukannya di jalan raya. Namun ia membangkitkan kemarahan penduduk tempatan yang bimbang taman itu bakal menjadi zon larangan yang dibelenggu jenayah. Melawat taman bersama pegawai tempatan, Hidalgo berkata beliau telah mencadangkan beberapa tapak rawatan kepada kerajaan Perancis, yang biasanya menyelia dasar kesihatan dan keselamatan. – AFP

    Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo (tengah) bercakap dengan Richard (kiri), anggota kumpulan ‘Sop crack’ di taman Eole kelmarin. Hidalgo memutuskan taman tersebut dikosongkan daripada penagih dadah yang telah menghuni di sana. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini