Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    GenCast ramal cuaca sehingga 15 hari

    SAN FRANCISCO, 5 DIS – Satu model ramalan cuaca baharu berdasarkan kecerdasan buatan (AI) kini mampu menghasilkan ramalan sehingga 15 hari dengan ketepatan dan kelajuan yang belum pernah dicapai, menurut makmal Google DeepMind, dengan potensi menyelamatkan nyawa ketika perubahan iklim semakin buruk.

    Model GenCast, yang dicipta oleh makmal penyelidikan AI London, Google DeepMind, ‘menunjukkan kemahiran ramalan yang lebih baik’ berbanding model cuaca terkemuka dunia sedia ada, kata syarikat itu kelmarin.

    Pusat Ramalan Cuaca Julat Sederhana Eropah (ECMWF), yang menghasilkan ramalan untuk 35 negara, diiktiraf sebagai penanda aras global dalam ketepatan meteorologi.

    Namun, DeepMind menyatakan bahawa GenCast mengatasi ketepatan ramalan ECMWF dalam lebih 97 peratus daripada 1,320 senario dunia sebenar yang diuji daripada data tahun 2019.

    Model itu dilatih menggunakan data suhu, kelajuan angin dan tekanan udara selama empat dekad dari 1979 hingga 2018 dan mampu menghasilkan ramalan 15 hari hanya dalam masa lapan minit, jauh lebih pantas berbanding beberapa jam yang diperlukan pada masa kini.

    “GeCast menyediakan ramalan yang lebih baik untuk cuaca harian dan kejadian ekstrem sehingga 15 hari lebih awal,” menurut kenyataan DeepMind.

    Para saintis telah memberi amaran bahawa cuaca ekstrem semakin kerap berlaku dan lebih teruk akibat perubahan iklim buatan manusia.

    DeepMind menyatakan bahawa GenCast “secara konsisten mengatasi” model ramalan terkemuka ketika meramalkan suhu ekstrem, cuaca sejuk melampau dan angin kencang.

    “Ramalan lebih tepat tentang risiko cuaca ekstrem boleh membantu pihak berkuasa melindungi lebih banyak nyawa, mengelakkan kerosakan dan menjimatkan kos,” tambah DeepMind. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    China pamer penerapan teknologi AI, tangani isu perubahan iklim

    BELEM, 21 NOV - Aktiviti Hari Pendigitalan ‘Pavilion China’...

    China, Belanda tekad selesai pertikaian cip Nexperia

    THE HAGUE, 20 NOV - Belanda kelmarin mengumumkan bahawa...

    Harga telefon, komputer dan gajet dijangka naik tahun hadapan

    TOKYO, 20 NOV - Para pembeli berpotensi berdepan harga...

    Robot manusia bakal terajui gelombang baharu AI fizikal

    TOKYO - Sepasang lengan robot berpusing yang menyerupai manusia,...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...