KHARTOUM, 21 MEI – Serangan udara dan berbalas-balas tembakan artileri menggegarkan ibu negara Sudan kelmarin dan lelaki bersenjata menggeledah kedutaan Qatar ketika jeneral yang berperang di negara itu meneruskan perjuangan mereka untuk menguasai kawasan meskipun bersetuju untuk berhenti seketika untuk bantuan kemanusiaan.
Ketika pertempuran sengit di Khartoum, pihak bertelagah mencapai kesepakatan mengenai gencatan sejata selama seminggu bermula petang 22 Mei, kata Amerika Syarikat dan Arab Saudi kelmarin dalam satu kenyataan bersama selepas perbincangan di Jeddah.
Gencatan senjata itu “akan berkuat kuasa selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak,” menurut kenyataan.- AFP
