Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan sehari lagi

    BAITULMAQDIS, 30 NOV – Jeda kemanusiaan sementara di Semenanjung Gaza dilanjutkan sehari lagi pada hari ini.

    Jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid A-Ansari memberitahu Agensi Berita Qatar (QNA) bahawa jeda kemanusiaan itu dilanjutkan untuk tempoh sehari lagi mengikut syarat yang sama, lapor Agensi Anadolu.

    Persetujuan mengenai lanjutan itu dicapai menerusi rundingan membabitkan Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

    Beliau berkata rundingan masih diteruskan bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di wilayah berkenaan. – Bernama

    Penduduk Palestin menunggang motosikal di tepi bangunan yang musnah di Bandar Gaza, pada kelmarin, hari keenam gencatan senjata sementara antara pejuang Hamas dan Israel. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda