Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gencatan senjata dilanjutkan

    TORONTO, 30 MEI – Wakil Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) menandatangani perjanjian untuk melanjutkan lagi gencatan senjata selama lima hari.

    “Pihak-pihak itu mengesahkan hasrat mereka untuk melanjutkan lagi gencatan senjata bagi membolehkan penyampaian bantuan kemanusiaan, membaik pulih kemudahan penting dan pemindahan anggota bersenjata dari hospital,” menurut akaun Twitter Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Khartoum.

    AS dan Arab Saudi berperanan sebagai fasilitator untuk gencatan senjata itu, lapor agensi Anadolu.

    Kedua-dua pihak yang bertelagah turut bersetuju untuk membincangkan gencatan senjata jangka panjang, termasuk pengosongan tentera dari kawasan bandar dan rumah awam, menghapuskan halangan untuk orang awam bebas bergerak dan membolehkan penjawat awam menyambung semula tugas.

    Arab Saudi dan AS mengingatkan supaya kedua-dua pihak mematuhi kewajipan mereka di bawah perjanjian gencatan senjata jangka pendek 20 Mei dan Deklarasi Komitmen untuk Melindungi Orang Awam yang disepakati sebelum ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda