Friday, May 9, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Gencatan senjata’ Rusia gagal

    Gambar yang diambil pada 27 Februari 2018 menunjukkan gumpalan asap selepas serangan udara tentera rejim ke atas enklaf pemberontak di Douma, Timur Ghouta. ‘Gencatan senjata’ yang diumumkan oleh Rusia dalam pengeboman maut di Timur Ghouta, Syria telah gagal menamatkan keganasan. – AFP

    DOUMA, Syria, 28 Feb – ‘Gencatan senjata’ yang diumumkan oleh Rusia dalam pengeboman maut di Timur Ghouta, Syria telah gagal menamatkan keganasan semalam, dengan pertumpahan darah baru dan tidak ada tanda penghantaran bantuan atau para penduduk meninggalkan enklaf yang dikepung.

    Sembilan hari selepas pasukan rejim yang dibantu oleh Rusia menggiatkan kempennya ke atas enklaf yang diduduki pemberontak, penghentian itu memberikan kelegaan kepada orang awam yang bersembunyi di tingkat bawah tanah mereka.

    Tetapi hari pertama ‘gencatan senjata’ lima jam sehari yang diarahkan oleh Presiden Vladimir Putin Isnin lalu dan bermula pada pukul 9 pagi telah dicemari oleh keganasan yang menyaksikan tujuh orang terbunuh. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda