Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gencatan senjata Syria bermula

    BEIRUT, 9 Julai – Satu gencatan senjata dibroker oleh Amerika Syarikat, Rusia dan Jordan menjadikan sempadan agak senyap sunyi hari ini di selatan Syria menjelang satu rundingan damai terbaru ditaja PBB dalam konflik enam tahun negara itu.

    Pemantau mengatakan pertempuran dan pembedilan berhenti di tiga wilayah selatan yang menyertai gencatan senjata iaitu Daraa, Quneitra dan Sweida ketika ia berkuat kuasa pada petang waktu tempatan.

    Perjanjian gencatan senjata itu diumumkan pada Ahad oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan berlaku ketika kerajaan Syria dan delegasi Syria dijadualkan menghadiri satu rundingan baru di Geneva pada Isnin.

    “Sempadan utama di tiga wilayah antara pasukan rejim dan kumpulan penentang menyaksikan gencatan perseteruan dan pembedilan semenjak pagi, dengan pengecualian beberapa pembedilan rambang ke atas bandar Daraa sebelum petang,” kata Rami Abdel Rahman, ketua Badan Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Britain yang berpangkalan di Syria.

    Gambar fail 7 Julai pertemuan Presiden AS Donald Trump dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada sidang kemuncak G20 di Hamburg. Satu perjanjian dibroker berasingan AS-Rusia bagi selatan Syria, dibuat bagi menangkis kebimbangan meningkat oleh negara jiran Jordan dan Israel mengenai cita-cita tentera Iran di kawasan itu. – AP
    Gambar fail 7 Julai pertemuan Presiden AS Donald Trump dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada sidang kemuncak G20 di Hamburg. Satu perjanjian dibroker berasingan AS-Rusia bagi selatan Syria, dibuat bagi menangkis kebimbangan meningkat oleh negara jiran Jordan dan Israel mengenai cita-cita tentera Iran di kawasan itu. – AP

    Rejim Syria mengumumkan gencatan senjata sehalanya sendiri pada Isnin namun pertempuran berterusan di sempadan tiga wilayah.

    Perjanjian gencatan senjata berlaku selepas sekutu rejim, Rusia dan Iran serta penyokong pemberontak Turki bersetuju semasa rundingan dalam Mei di ibu negara Kazakh, Astana untuk menetapkan empat zon ‘bebas ketegangan’ di Syria.

    Pelaksanaan perjanjian itu ditangguhkan ketika tiga pihak cuba menyetujui siapa yang akan memantau zon-zon itu, salah sebuah daripada terletak di selatan Syria. –AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda