Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gencatan senjata Tajikistan Kyrgyzstan diteruskan

    BISHKEK, KYRGYZSTAN, 2 MEI – Kyrgyzstan berkata gencatan senjata bersama Tajikistan telah diteruskan hari ini, ketika ia menuduh penduduk dari negara jiran Asia Tengah itu jenayah semasa pertempuran buruk kedua-duanya di sempadan yang dipertikaikan dalam beberapa dekad.

    Kementerian dalam negeri Kyrgyz berkata korban jiwa di pihaknya telah meningkat lebih 160 dengan 34 kematian, 31 daripada orang awam.

    Kementerian juga berkata ia telah membuka 11 kes jenayah menyasarkan penduduk Tajikistan yang terlibat dalam keganasan itu termasuk siasatan ke atas pembunuhan dan penyeberangan sempadan haram.

    Pertempuran antara komuniti berhubung tanah dan air sepanjang sempadan yang dipertikaikan itu adalah perkara yang biasa terjadi, dengan pengawal sempadan sering terlibat sama.

    Namun keganasan yang meletus pada Khamis itu begitu serius daripada semasa 30 tahun kemerdekaan negara bekas Soviet.

    Penduduk Kyrgyzstan yang dipindahkan dari daerah yang bersempadan dengan Tajikistan susulan pergaduhan sepanjang sempadan Kyrgyz-Tajik, ketika berdoa di sebuah sekolah di bandar Batken pada 1 Mei. – AFP

    Tajikistan, sebuah negeri autoritarian tertutup juga memahami telah mengalami korban jiwa dan kemusnahan namun tidak banyak membuat kenyataan mengenai konflik itu.

    Pada malam Khamis, perjanjian gencatan senjata telah dipersetujui namun Kyrgyzstan menyedari kedua-dua belah pihak berterusan berbalas tembakan pada Jumaat dan Sabtu sebelum ketua-ketua keselamatan negara bertemu untuk melaksanakan gencatan senjata pada petang Sabtu.

    Sejak itu ‘tidak ada insiden penembakan telah dilaporkan,” kata jurucakap bagi jawatankuasa keselamatan negara Kyrgyzstan kepada AFP menerusi telefon pada jam 11 GMT, menyifatkan sempadan dalam keadaan ‘sepi, aman, tenang’.

    Kedua-dua ketua keselamatan negara juga bersetuju dengan protokol sempadan awal hari ini, lapor laman web kerajaan Kyrgyzstan.

    Tidak ada tanda-tanda yang perkembangan telah dibuat dalam membatasi bahagian dipertikaikan yang terdiri daripada lebih satu pertiga 971km sempadan antara kedua-dua belah negara.

    Kyrgyzstan hari ini juga menuduh Tajikistan menganiayai 10 penduduknya yang dikatakannya telah dijadikan tawanan semasa konflik itu sebelum membebaskannya malam kelmarin.

    Mereka, termasuk ketua salah satu daripada kampung-kampung sempadan itu mengalami lebam selepas ‘dipukul menggunakan kayu’ semasa penculikan mereka, kata menteri kesihatan Kyrgyzstan, Alymkadyr Beishenaliyev. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda