Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Generasi terakhir: Tradisi pistasio Pulau Greek semakin pudar

    AEGINA, GREECE – Di bawah terik matahari, empat pekerja ladang memukul pokok pistasio dengan kayu, membuatkan buah masak gugur bertaburan ke atas kanvas di bawahnya.

    Walaupun hasilnya kelihatan melimpah, wajah kumpulan itu tetap tidak menunjukkan keterujaan.

    “Sedikit sahaja pistasio,” kata seorang pekerja Albania, Daso Shpata, 47, di pulau Aegina, Greece, di tengah-tengah pokok yang berdaun lebat dan berbuah merah, dengan latar bunyi riang-riang yang berciap.

    Perubahan iklim telah mengurangkan hasil tuaian. Namun, ada cabaran lain juga: anak-anak enggan meneruskan perniagaan keluarga dan pokok digantikan dengan rumah percutian.

    “Budaya pistasio yang kita kenal kini tidak lagi mampu bertahan,” kata Eleni Kypreou, pemilik kebun pistasio di Aegina.

    Thanasis Lakkos menunjukkan sebatang dahan pistasio di pulau Aegina, Greece. – AFP
    Pada tahun 2023, Greece menghasilkan hampir 22,000 tan pistasio, meningkat daripada 12,000 tan pada tahun 2015. – AFP
    Pistasio yang baru dituai di pulau Aegina, Greece. – AFP
    Para pekerja menuai dan mengumpulkan pistasio dari sebuah kebun yang terletak di pulau Aegina, Greece. – AFP
    Eleni Kypreou, 88 tahun, bergambar di ladang pistachionya di pulau Aegina, Greece. – AFP
    Pistachio yang dikeringkan di pulau Aegina, Greece. Aegina bukanlah pengeluar pistachio terbesar, kerana kedudukan itu dipegang oleh Amerika Syarikat, Iran dan Turkiye. – AFP

    “Jika kita mahu menyelamatkan pokok-pokok ini, kita perlu fahami keperluannya.Kalau tidak, ia hanya akan menjadi bahan untuk muzium,” katanya kepada AFP.

    Aegina bukan pengeluar pistasio terbesar, gelaran itu dipegang oleh Amerika Syarikat dan Iran, yang masing-masing menghasilkan ratusan ribu tan setiap tahun.

    Namun, pulau yang padat pelancong itu, sejam menaiki feri dari Athens, disertai burung camar yang mencari makanan yang dikatakan menghasilkan pistasio paling sedap di Greece.

    “Rasanya istimewa, datang dari tanah, dari air. Airnya sedikit masin,” kata Kypreou.

    Wanita berusia 88 tahun itu menghargai 750 pokok pistasionya, yang dikenali sebagai ‘riza’ dalam bahasa Greek. Dia menyanyi dan bercakap dengan pokok-pokok itu, berharap musim tuaian yang baik.

    “Dua tahun kebelakangan, kami hampir tiada hasil. 20 kilogram tahun lepas, 100 kilogram pada 2023. Jadi kami menjangkakan tuaian yang baik tahun ini. Tetapi tidak,” katanya.

    Pada 2023, Greece menghasilkan hampir 22,000 tan pistachio, meningkat daripada 12,000 tan pada 2015, menurut Pihak Berkuasa Statistik Hellenic.

    Namun, bahagian Aegina menurun daripada lebih 2,600 tan kepada 2,300 tan.

    Jumlah pokok yang masih produktif dan hektar tanah yang digunakan juga menurun dengan stabil, berbeza dengan pengeluaran pistasio keseluruhan Greece.

    MENANAM DI RUMAH

    “Dua tahun kebelakangan ini amat mencabar, terutamanya disebabkan perubahan iklim,” kata presiden koperasi pengeluar pistasio Aegina, Kostas Peppas.

    Pokok itu memerlukan “suhu di bawah 10–12 darjah Celsius selama beberapa jam untuk tidur, untuk berehat. Jadi jika musim sejuk berkurangan, ia tidak baik,” katanya kepada AFP.

    Koperasi membeli pistasio daripada pengeluar dan menjualnya ke kedai, pasar raya serta dari gerainya sendiri di pelabuhan yang sibuk dengan pelancong.

    Peppas berkata, dia percaya kebanyakan penjual di pelabuhan ‘membeli pistasio dari tempat lain’ kerana stok di pulau tidak mencukupi.

    Dia sendiri mempunyai 230 pokok, kebanyakannya betina, yang menghasilkan pistasio, dengan dua pokok jantan besar untuk pendebungaan. Ayahnya menukar kebun anggur keluarga kepada pistasio 80 tahun lalu.

    “Tiada ruang untuk menanam lebih banyak. Tapi tiada ruang di Aegina, mereka menebang pokok dan membangunkan rumah,” kata kapten laut bersara berusia 79 tahun itu.

    Dia berasa ‘sedih, marah dan terkejut’ apabila seorang kenalan yang tiada anak menebang pokok pistasio terbaiknya untuk membina rumah.

    Dengan pelancongan Greek berkembang pesat, dengan negara anggota EU itu memecah rekod pengunjung setiap tahun, sewa jangka pendek bertambah di seluruh negara terutama di Athens dan juga di pulau-pulau.

    TIADA APA YANG BOLEH DILAKUKAN

    Thanasis Lakkos, 53, memegang sebatang dahan daripada 3,500 pokok pistasionya. Ia sarat dengan buah, yang apabila dikupas menunjukkan bijinya.

    Dia percaya penyiraman menggunakan air hujan yang dikumpul pada musim sejuk membantu pokok itu berkembang.

    Kebanyakan pengeluar ‘mengikut apa yang dilakukan datuk mereka. Tetapi itu bukan cara yang betul,’ katanya kepada AFP, menekankan perlunya peningkatan.

    Di dekatnya, sebuah mesin siap sedia untuk menapis pistasio yang dituai. Buah dengan kulit kosong terapung di permukaan air manakala yang baik tenggelam.

    Lakkos menyatakan azamnya untuk ‘terus selagi mampu’, meskipun orang lain melihatnya sebagai pengorbanan sia-sia.

    Mereka berkata “lebih baik jual tanah saya, dapatkan sejuta euro dan berehat sepanjang hayat saya,” katanya.

    Anak Lakkos meninggalkan ladang untuk menjadi DJ. Anak muda yang bertani semakin sedikit.

    “Boleh dikira dengan jari tangan sahaja,” kata Lakkos, menambah bahawa golongan mereka menggelar diri “generasi terakhir”.

    Dia berkata keadaan sedih dan semakin teruk, tetapi “tiada apa yang boleh dilakukan. Tradisi ini akan hilang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda