Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Generator hospital Gaza mungkin tidak berfungsi tempoh kurang 48 jam

    GAZA, 24 OKT – Kementerian Kesihatan di Gaza hari ini memberi amaran bahawa generator di hospital akan berhenti berfungsi dalam tempoh 48 jam akibat kekurangan bahan api, lapor agensi Anadolu.

    “Kita mempunyai tempoh kurang 48 jam sebelum semua generator di hospital kehabisan bahan api,” kata jurucakap kementerian, Ashraf Al-Qudra dalam kenyataan ringkas di Telegram.

    Beliau berkata bantuan kemanusiaan yang masuk ke Gaza sangat perlahan dan itu tidak dapat mengubah keadaan, manakala sistem penjagaan kesihatan telah mencapai tahap terburuk dalam sejarah.

    Kelmarin, kementerian itu dilaporkan berkata sebanyak 32 pusat kesihatan tidak lagi beroperasi disebabkan kekurangan bahan api selain menjadi sasaran pesawat perang Israel.

    Kementerian turut menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah segera menyalurkan bekalan darah dan bahan api bagi membantu sektor kesihatan di Gaza. – Bernama

     Pakar perubatan membantu rakyat Palestin yang cedera di hospital Deir Al-Balah kelmarin. – AP

    (Klik di sini untuk berita lanjut)

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...