Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Geng jenayah Serbia didakwa ada kaitan dengan kerajaan

    PRISTINA, 23 OKT – Perdana Menteri Kosovo mendakwa geng penjenayah dari utara Serbia adalah dalang di sebalik serangan September di Kosovo, yang membunuh seorang pegawai polis dan melibatkan pertempuran bersenjata sepanjang hari dengan polis Kosovo hingga menyebabkan tiga lelaki bersenjata maut.

    Perdana Menteri, Albin Kurti, juga mendakwa bahawa Menteri Pertahanan Serbia, Milos Vucevic, adalah ketua kumpulan yang dikenali sebagai ‘Novi Sad Clan’, dinamakan selepas bandar Serbia Novi Sad dan seterusnya mendakwa bahawa Presiden Serbia, Aleksandar Vucic, mempunyai hubungan dengan kumpulan itu.

    Kurti tidak menyediakan bukti untuk menyokong dakwaannya dan tidak memberikan keterangan lanjut. Beliau menggambarkan kumpulan tersebut sebagai ‘kumpulan separa tentera pengganas’.

    Belgrade segera menolak dakwaan tersebut. Kementerian Pertahanan Serbia berkata ia ‘ia menolak semua fitnah dan pembohongan keji yang dinyatakan oleh Kurti hari ini’ dan merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk bertindak menghentikan kempen ‘yang mencetuskan kebencian dan taktik kotor’ oleh kepimpinan Kosovo.

    Ketegangan antara Serbia dan Kosovo memuncak semula pada 24 September apabila kira-kira 30 orang Serbia bersenjata lengkap melarikan diri ke dalam sebuah gereja Ortodoks di Kosovo utara, mencetuskan pergolakan. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...